Friday, May 6, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri Akhir

Sambungan...



Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-Jalan "Taqrabu al-zina"?

   Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya. Bagaimanakah menghadapi ujian ini? Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai kawan-kawan.

    Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankan? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakan? Dirimu sedang mempersiapkan dirikan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang pentingkan? Kalau dirimu dalam situasi in, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apbila "angau" bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.

Thursday, May 5, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri 2

Sambungan...

Nasihat Buat Remaja:

          Lihat-lihatlah panduan al-Quran dan sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaugi cinta yang Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah. Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekali gus? Isya-Allah, disini, terdapat salah satu jalannya (langkah diambil dari Majalah Solusi isu no 29). Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kita akan temuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, para ulama dan sebagainya. Ini ialah jalan-jalan untuk kita lebih memhami al-Quran dan Sunnah. Banyak dan mudah kan? JIka hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerahlah kepada apa yang Allah kehendaki.

Tuesday, May 3, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri 1



"Salahkah bercinta?"
"Allah yang hadirkan cinta takkan tak boleh layan?"
"Kalau tak bercinta, mcam mana nak kenal bakal pasangan?"

Begitulah antara keluhan remaja zaman sekrang. Banyak persoalan di minda yang masih belum terjwab. Siapa yang akan menjawab? Adakah pengalaman orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Atau logik minda mereka sendiri akan menjawab kesmua persoalan tersebut? atau penangan media massa  yang akan mengilhamkan jwapan untuk mereka?

Monday, May 2, 2011

Gunung Menangis Takut Tergolong Batu Api Neraka


Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."


Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.


Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Friday, March 4, 2011

Roti

Salam, hari saya nak ceritakan tentang suatu sunnah Rasulullah s.a.w. 


   Pada suatu hari, selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakar al- Siddiq pergi ke rumah Aishah untuk menanyakan tentang sunnah Nabi s.a.w. Ditanyakan adakah lagi sunnah Rasulullah s.a.w. yang belum aku laksanakan? Soalan ini membuatkan Siti Aishah terdiam sebentar sambil memikir. Dan akhirnya Siti Aishah bersuara, bahawa ada satu lagi sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang belum dibuat iaitu memberi makan roti kepada seorang yang buta.



Wednesday, March 2, 2011

Sengatan seekor Kala Jengking







Majalah Hadharah al-Islam, edisi Rabiul Akhir 1388 H/ Julai 1968 M, memuatkan sebuah kisah dengan judul di atas dalam satu ruangannya. Sahubul hikayat mengisahkan:

    Suatu hari, sahabat ini mencari binatang peliharaanya yang hilang. Tanpa disedari, dia telah sampai di tepi sungai Tigris yang terletak tidak jauh dari desanya. Di antara tradisi penduduk desa sahabat tersebut adalah tidur di luar rumah pada musim panas. Ada yang tidur di atas tikar yang dibentangkan di atas tanah. Ada yang tidur di atas dipan (bangku panjang yang rendah dan tidak ada sandaran terutamanya yg diletakkan pd dinding dilengkapi bantal atau kusyen). Ada juga yang tidur di atas tompokan jerami.

Monday, February 28, 2011

Kalau?


Ya Allah, jikalau dia adalah jodohku,
Kau perkenankan lah dia kepada ku,
Agar aku tidak lalai kepada MU,
Ya Allah, jikalau dia adalah jodohku,
Kau jagalah pergaulan kami, 
Agar dapat menghindari maksiat,
Ya Allah, jikalau dia adalah jodohku,
Kau jagalah hubungan kami,
Agar terhindar dari fitnah dunia,
Ya Rabbana, jikalau aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling kepada MU,
Ya Allah, jikalau dialah temanku istimewaku,
Maka jadikanlah Dia seorang yang
selalu memperingati ku tentang agama MU,
Ya Allah, jikalau dia bukan jodoh ku,
Maka kau jauhkan lah dia dari sudut padangan ku,
Agar aku lebih yakin mencintai MU,
Ya Allah, jikalau dia bukan jodohku,
Maka hilangkan lah ingatan aku terhadap dia,
Agar tidak timbulnya maksiat,
Ya Allah, jikalau dia bukan jodoh Ku,
Jadikanlah aku seorang yang tabah,
Agar aku tidak putus harapan untuk beribadah kepada Mu,
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati ini,
Telah berhimpun dalam cinta Mu,
Tunjukilah jalan-jalannya,
Penuhilah hati-hati ini,
Dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar,
Lapangkanlah dadaku dengan limpahan keimanan,
Kepada Mu dan keidahan bertawakal di jalan Mu.

Monday, February 14, 2011

Bila Aku jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang
  melabuhkan cintanya pada-Mu,
  agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 
jagalah cintaku padanya agar
tidak  melebihi cintaku pada-Mu, 
    Ya Allah, jika aku jatuh hati, 
izinkanlah aku menyentuh hati 
seseorang  yang hatinya tertaut pada-MU,  
agar tidak terjatuh aku 
dalam jurang cinta semua. 
    Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
  jagalah hatiku padanya agar 
tidak  berpaling dari hati-Mu.  
   Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,  
rindukanlah aku pada seseorang 
yang  merindui syahid di jalan-Mu. 
    Ya Allah, jika aku rindu, 
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku  merindukan syurga-Mu.
     Ya Allah, jika aku menikmati
cinta kekasih-Mu,
  janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya 
bermunajat  di sepertiga malam terakhirmu. 
    Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
  jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
  menyeru manusia kepada-Mu.  
   Ya Allah, jika kau halalkan
aku merindui kekasih-mu, 
jangan biarkan aku melampaui batas 
sehinggah melupakan aku 
pada cinta hakiki  dan rindu
abadi hanya kepada-Mu.  
   Ya Allah Engkau mengetahui 
bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,  
telah berjumpa pada taat pada-Mu, 
telah bersatu dalam dakwa-Mu, 
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.   
  Kukukanlah Ya Allah ikatannya. 
kekalkanlah cintanya.  
Tunjukilah jalan-jalannya.  
Penuhilah hati-hati ini 
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
     Lapangkanlah dada-dada  
kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan  bertawakal di jalan-Mu

Wednesday, January 19, 2011

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut




Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Tuesday, January 18, 2011

KISAH SEBATANG POKOK EPAL





Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.




Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA.

Saturday, January 15, 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita


 Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34) 

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:  "Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).  Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

  Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.  Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.  Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:  "Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."  Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:

  "Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)

Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.  Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.  Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.  Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:

"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:   

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

  Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Friday, January 14, 2011

Siapakah kita?? siapa... yaa..??

 



Siapakah orang yang sombong?            
    Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.   

Siapakah orang yang telah mati hatinya?            
Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. 

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?               
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.  

Siapakah orang yang kuat?                
Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang  lemah adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.  

Siapakah orang yang bakhil?                
  Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas junjungan Rasulullah s. a. w. 

Siapakah orang yang buta?               
   Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. 

Siapakah orang yang tuli?                   
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.    

Siapakah orang yang sibuk?          
        Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.   

Siapakah orang yang manis senyumanya?              
   Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata  "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.  

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?            
      Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.  

Siapakah orang yang kaya?          
        Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.  

Siapakah orang yang miskin?             
     Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang pandai?         
         Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi  

Siapakah orang yang bodoh?            
      Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.  

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?       
           Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.  

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?   
               Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.  

Siapakah orang yang gila itu?        
          Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana  hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.  

Siapakah orang yang rugi?         
         Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.  

Siapakah orang yang selalu ditipu?             
     Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.  

Siapakah orang yang paling cantik?   
               Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?       
           Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal amal  kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.  

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?             
     Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal?           
       Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...