Tuesday, May 3, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri 1



"Salahkah bercinta?"
"Allah yang hadirkan cinta takkan tak boleh layan?"
"Kalau tak bercinta, mcam mana nak kenal bakal pasangan?"

Begitulah antara keluhan remaja zaman sekrang. Banyak persoalan di minda yang masih belum terjwab. Siapa yang akan menjawab? Adakah pengalaman orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Atau logik minda mereka sendiri akan menjawab kesmua persoalan tersebut? atau penangan media massa  yang akan mengilhamkan jwapan untuk mereka?


  Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripda sumber yang maksum (terpelihara) iaitu al-Quran dan sunnah, bukan mencari fatwa dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya. Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.

  Al-Quran dan sunnah, 2 sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Aku meninggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya  sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya." ( Riwayat Malik). Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah. Islam memandu kita menyalurkanya secara mulia, terhormat dah bermaruah. Bersama redha Allah. Bersambung..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...