Friday, May 6, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri Akhir

Sambungan...



Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-Jalan "Taqrabu al-zina"?

   Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya. Bagaimanakah menghadapi ujian ini? Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai kawan-kawan.

    Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankan? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakan? Dirimu sedang mempersiapkan dirikan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang pentingkan? Kalau dirimu dalam situasi in, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apbila "angau" bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.


    Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

        " Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga adalah berzina dan zinanya ialah dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut."


                                                                                                                              ( Riwayat Ahmad )
Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud:

          " Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
                                                                                                                           ( Surah al-Isra 17:32)

             Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah s.w.t. " janganlah kamu mendekati zina," maknanya lebi dalam daripada " jangan kamu berzina ".  Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-panang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi, menghalalkan pergaulan bebas dengan istilah adik angkat, abang angkat. Dan banyak lagi.

Inikah bukti cinta kita?

   Adakah kita ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

    Sekian..jadi itu lah perkongsian yang boleh saya kongsi bersama, semua petikan tersebut diambil dari majalah solusi..hehe, saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi panduan kepada diri saya dan rakan-rakan. Salam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...