Friday, March 4, 2011

Roti

Salam, hari saya nak ceritakan tentang suatu sunnah Rasulullah s.a.w. 


   Pada suatu hari, selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakar al- Siddiq pergi ke rumah Aishah untuk menanyakan tentang sunnah Nabi s.a.w. Ditanyakan adakah lagi sunnah Rasulullah s.a.w. yang belum aku laksanakan? Soalan ini membuatkan Siti Aishah terdiam sebentar sambil memikir. Dan akhirnya Siti Aishah bersuara, bahawa ada satu lagi sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang belum dibuat iaitu memberi makan roti kepada seorang yang buta.






   Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis buta itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis buta itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika  Abu Bakar RA menyuapnya, pengemis buta itu memarahi Abu Bakar RA sambil mengherdik, " Siapakah Kamu?". Engkau bukan orang biasa yang selalu memberi aku makan." Kemudian pengemis buta itu melanjutkan percakapan, " Sebelum ini orang yang mendatangiku itu tangannya lebih lebih lembut ketika menyuapkanku roti malah roti tersebut dihalusi terlebih dahulu agar aku senang mengunyah. Kemudian pengemis buta itu meneruskan kata-katanya lagi," Wahai saudaraku, jangan lah engkau mendekati  Muhammad kerana dia tu gila,dia tu pembohong, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan terpengaruh.


    Mendengar sahaja ayat tersebut Abu Bakar tidak mampu menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis buta tersebut," Aku bukan orang biasa yang selalu datang kepada kamu. Aku adalah salah seorang sahabatnya, orang yang selalu memberi kamu makan telah tiada. Abu Bakar RA berkata lagi," wahai saudaraku orang yang selalu mendatangi mu itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w.
Mendengar percakapan Abu Bakar RA, pengemis buta itu terus menangis sambil berkata;" Benarkah demikian?"


    "Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahi aku sedikitpun, ia mendatangi aku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia." kata pengemis buta tersebut. Akhirnya pengemis buta itu bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA dan saat serta sejak hari itu dia menjadi muslim.


kesimpulan yang ingin saya kongsi kan bersama ialah, bagaimana kalau kita berada di situasi itu? 
Mampukah kita menahan persaan marah itu? Sedangkan kawan-kawan yang mengejek kita pun, kita sudah panas dan berasa marah. Sesungguhnya sikap Rasulullah s.a.w. adalah teladan yang baik untuk kita contohi.
Jadilah orang pertama yang memaafkan orang lain. Maafkan lah orang yang selalu menyebabkan kita terasa marah dan tidak puas hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...