Thursday, May 5, 2011

Menduakan Cinta-Nya-siri 2

Sambungan...

Nasihat Buat Remaja:

          Lihat-lihatlah panduan al-Quran dan sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaugi cinta yang Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah. Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekali gus? Isya-Allah, disini, terdapat salah satu jalannya (langkah diambil dari Majalah Solusi isu no 29). Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kita akan temuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, para ulama dan sebagainya. Ini ialah jalan-jalan untuk kita lebih memhami al-Quran dan Sunnah. Banyak dan mudah kan? JIka hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerahlah kepada apa yang Allah kehendaki.


Syirik Cinta

    Selaku diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah, ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah. Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t. sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti mengantikan tempat Allah s.w.t. dengan selain-Nya. Allah s.w.t. mendedahkan kepada kita dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:

            " Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika merika melihat seksa( pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepuyaan Allah smuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya nescaya mereka akan menyesal)." 
                                                                                                                        ( Surah al-Baqarah 2:165)

     Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirik al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya. Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah?  Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

     Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana, resah melanda, banyak urusan tergendala, apa yang dibuat serba tak kena, merebak rasa malas, membarah rasa segan jika orang tahu tindakan orang yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjauhi tatkala mendegar kebenaran. Aduhai hati , takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memliki hati yang mati. Bersambung....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...