Thursday, November 4, 2010

Jagalah Hati


 " Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak menemui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengigati mati. Jika kau tidak menemuinya jugak, berdoalah kepada Allah S.W.T"

Rasulullah S.A.W telah menegaskan bahawa dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahatlah daging tersebut. Daging itu ialah hati. Itulah peranan utama hati. Ia umpama raja dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, rakyat akan baik. Maka begitulah bila hati pancaindera akan melahirkan kebaikan. Al- Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang daripada 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran.

Justeru, usaha untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan membersihkan hati manusia.

"Lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...